Yap, dah masuk bulan 3 untuk tahun 2020 aku baru je update blog yang dah tenggelam bersama titanic ni. Thanks to tempoh pengehad pergerakkan dan pada hari ke 3 aku dah tak tahu nak buat apa lagi so aku try untuk kembali updating post kat blog. So here are the story:
Covid 19 dah sekitar lebih 3 bulan menyerang dunia. Rasanya sekarang 20 000 manusia seluruh dunia dah positively infected with this Corina thing. Untuk tempoh 3 bulan yang lepas aku ada kena 2 kali panic attack. First masa area manager aku bagitahu yang company tempat aku kerja ni boleh bertahan dalam 3-4 bulan lagi. Dia bagitahu that news sekitar hampir 2 bulan yang lepas. Aku kerja dalam bidang penyimpanan stok barang dan barang kami straight dari China. Alaa.. kedai barang murah-murah dari China tu (tapi tak nak bagitahu nama company).
So dalam warehouse sekarang memang 50% kosong. Container China kena block so tak ada in-stock. Yang ada cuma barang keluar je untuk hantar ke outlet.
Jadi waktu tu aku rasa takut, sedih, marah .... keliru. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Untuk tempoh 1 minggu tu jugak ar aku memang hilang. Aku setiap hari turun dan buat kerja tapi otak aku tak ada di situ. Memang hilang ar.
Bagi aku kerja ni kerja yang paling stress free ar. Walaupun ia adalah kerja dengan gaji yang paling kecil aku pernah dapat since tamat belajar dulu dengan boss kedekut dan suka potong gaji sesukahati mak bapak dia jer or aku beberapa kali plan nak langgar beberapa orang pekerja under aku guna kereta or jumpa bomoh dan nak hantar santau kat diaorang semua but still ia adalah kerja yang paling kurang stress berbanding kerja-kerja lain yang aku pernah buat sebelum ni.
Tapi as time goes by aku dah boleh accept that situation.
2nd panic attack berlaku semasa aku nak sembahyang Jumaat tak lama kecoh kes geng tabligh masjid Petaling tu berlaku. Mata aku memang meliar tengok orang dalam masjid bersalam, berjenaka macam tak ada apa-apa berlaku. Then masa khutbah, Imam ulang benda yang sama menggesa agar mereka yang pergi tabligh tu segera pergi hospital dan khutbah tu cukup pendek dan tamat macam tu je. Aku jadi resah gelisah, dada berdebar kencang, tanggan menggeletar dan aku hampir menanggis. That kind of panic memang tak dapat digambarkan ar.
So sekarang tempoh kuarantin.
Aku boring. Bilik aku dah kemas, seluar aku dah alter, projek alter tshirt aku dah habiskan, beberapa movie aku dah layan, kantung air mani aku dah kekeringan (damn), dan ini baru hari ke tiga. Aku tak tahu apa yang aku boleh or bakal buat untuk hari-hari yang mendatang ni..
Kehadapan rakyat Malaysia, kerajaan suruh kuarantin then tolong ikut ar. Kalau kau tak kisah nak mati at least fikir orang lain yang ada keluarga yang mereka sayang yang mereka tak nak orang tu merana. Or paling tak simpati pada orang-orang macam aku yang jenis gelisah duduk rumah tanpa buat apa-apa ni. Hmmm
Friday, March 20, 2020
Friday, June 21, 2019
Akulah Orang Ketiga Itu
Kalau kau tak kenal sangat aku then kau akan kata aku seorang yang baik tapi kalau kau kenal betul-betul aku then kau tahu yang aku ialah antara bakal ahli neraka tapi dalam tak baiknya aku tu ada beberapa peraturan yang aku sangat-sangat titik beratkan. 1st aku tak akan buang sampah merata-rata and 2nd aku tak akan curang kalau berpasangan.
Tapi hari ni tadi aku dapat tahu yang aku ialah orang ketiga dalam satu relationship tu or in other wordnya aku in relationship with a person that already married. Aku tak tahu kenapa aku tak pernah terfikir untuk mintak untuk add social media dia dan hari ni tadi aku guna bakat stalker aku dan berdasarkan maklumat yang cukup sikit yang ada pada aku then aku jumpa Facebook page dia. Yeah, then aku jumpa satu account yang ada gambar dia dan seseorang yang sedang berkahwin. Aku tengok tarikh, wow dia baru kahwin setahun lebih je baru (tapi mereka dah in relationship agak lama gak ar)
So aku whatapps dia supaya dia jujur dan bagitahu semuanya. Dia mengaku yang dia dah kahwin tapi pasangannya tu kerja jauh dan dia kesunyian. Yap, aku ialah bahan menghilangkan kesunyian dia je. Dan lebih teruk dia salahkan aku gak. Tapi sampai malam ni tadi dia mesej tanpa henti, nak mintak aku bagi dia peluang kedua, luahkan perasaan dia, hantar video etc. Duh, aku bukan Bella Astillah yang akan bagi peluang banyak kali kepada Alif Aziz walau sah-sah dia dah banyak kali curang.
Curang ialah satu benda yang sangat-sangat besar pada aku. Kalau kau benar-benar kenal aku then pada tahun 2008 ada satu incident yang membuatkan aku yang berumur 23 tahun waktu tu menanggis teresak-esak macam budak kecik di hadapan orang lain sebab ada 1 episode kecurangan berlaku yang hampir memecahbelahkan keluarga aku. Aku tak nak keluarkan aib sesiapa dan aku dah maafkan orang tu but still apa yang dia buat masih berkesan dalam diri aku sampai bila-bila. It is one of the darkest moment in whole life laaa..
Aku seorang lelaki yang punya ego cukup tinggi untuk bagi perasaan aku kepada sesiapa. Dan aku mencemar duli dengan bagi perasaan aku pada dia. Dan dia buat aku macam ni...
Kalau kau horny sebab pasangan kau jauh then aku faham. Aku boleh bagi kepuasan tu kalau itu yang kau nak. Tapi kau nak aku hidup dalam hati kau sedangkan hati aku pun ada dia sekali. Sekalipun kau sanggup bercerai dengan dia disebabkan aku but still aku tak akan dapat terima kau.
Aku tak nak jadi orang ketiga
Sunday, March 24, 2019
Umrah. Part 03
Subuh pagi ke 6 dan ke 7 sangat sejuk. Dengan angin
kuat, memang mengeletar satu badan ar. 18 darjah celcius. Ia adalah bacaan
paling rendah kat Mekah sepanjang kami ada masa tu. Sejak balik dari Taif
tempohari tu memang dah rasa kureng sikit badan tapi masih okey lagi. Hari ke 7 aku
dah completely demam. Perjalanan ke Madinah memang tidur je memanjang.
Sampai
bilik hotel, tidur lagi dan lagi. Solat tak terjaga. Mostly qada solat bila
terjaga tengah malam. Itupun dalam keadaan demam-demam. Madinah yang suhunya
jauh lebih sejuk memang tak membantu demam aku ar. Ziarah dalam masjid Nabi aku
pakai baju 5 lapis pun masih lagi terasa sejuk. Waktu ziarah Luar memang
menggeletar 1 badan. Balik bilik tidur lagi dan lagi. Sepanjang aku di Madinah
aku hanya sempat solat berjemaah 2 kali je di masjid Nabi. Memang sadis ar.
Tapi bila fikir-fikir balik, ia lebih baik sebab aku datang Mekah dulu. Imagine
kalau aku flight turun ke Madinah dulu dan bila sampai Mekah baru demam. Punya
ar rugi sebab tak dapat nak buat ibadah banyak-banyak.
Sehari sebelum nak balik baru ar demam aku kebas. Baru
ar dapat meneroka kawasan sekitar Madinah. Jauh gak ar aku menjelajah. Bagi aku
madinah agak mengelirukan berbanding Mekah. Walaupun Madinah lebih tersusun dan
kemas tapi ia agak mengelirukan. Semua bangunan nampak macam sama je. Reka
bentuk sama. Ketinggian sama. Laluannya pun macam lebih kurang je. But still ia
tak menghalang aku untuk jalan sejauh-jauhnya.
Hari terakhir. Tak banyak aktiviti yang dibuat.
Lapangan terbang Madinah jauh lebih modern dan cantik berbanding kat Jeddah.
FYI timbangan beg aku masa pergi 11KG dan bila balik 18KG. Sikit je naiknya. Sedangkan
had berat 30KG. Flight balik tak sampai 8 jam. Sampai Malaysia jam 6 pagi
lebih. Salam-salam dengan ahli jemaah lain dan berpisah. Tapi aku dan Faaiz
masih satu haluan. Kami masing-masing nak ke KLIA 2. Then sampai sana baru ar
semuanya tamat.
So apa yang korang kena try kat sana?
1. Kau kena
explore setiap tingkat, setiap pintu, setiap space kat dalam masjidil haram.
Memula memang akan sesat sikit tapi lama-lama kau akan semua boleh keluar. Itu
keluar sini, masuk itu keluar balik sini bla-bla-bla. Kau akan tahu mana jalan
nak pergi library, nak naik tingkat atas sekali, kat mana tempat jemaah yang
meninggal, laluan skuter kat mana, escalator tu pergi mana, pintu tu masuk
mana, tempat solat mana yang ada ramai orang asia, nak ambik sembahyang kalau batal
wudhu kat mana, apa berlaku pada hari-hari tertentu kat tempat tertentu bla bla
bla.
2. Kau kena
try makanan Arab. Walaupun hotel dah sediakan juadah 3 kali sehari dan kau tak
perlu nak keluarkan sesen pun tapi still ia adalah satu kerugian kalau kau tak
try makanan orang lain masa kat luar negara. Hari pertama aku dan Faaiz try
makan ‘Fast Food’ Arab dalam kedai sebelah tower jam tu. Sebelum tu kami
tengok-tengok Mc D, Burger King, KFC Arab kot-kot ada special dishes ke. Then
kami try fast food local. Hiasan kedai 0 markah. Layanan 0 markah. Rasa kira
bagi 2 markah je out of 10. Korang kena try air tebu campur lemon. Sedap. Ais
krim jalanan yang digembar gemburkan tu biasa-biasa je ar. Try ais krim bungkus
ka Bin Dawood. Itu power. Dan kena makan nasi mandi/nasi Arab. Aku kat sana try
4 kali kat 4 tempat berbeza. Kena makan dengan cili hijau baru betul-betul
power. Dan tak lupa pada laban..
3. Kalau
korang duduk sembahyang, jangan lupa bagi salam pada orang kiri kanan. Kau tak
tahu siapa yang kau akan jumpa dan cerita apa yang kau akan dapat. Yang pasti
kau akan jumpa ramai kenalan dari seluruh dunia. Orang yang aku jumpa ada dari
Malaysia, Indonesia, Mesir, dan Iran. Kalau dari Malaysia dan Indonesia boleh
share banyak perkara best. Tentang pakej dan bayaran yang berbeza, pengalaman
mereka etc. Yang dari Mesir tu muda dan boleh cakap English so jauh gak cakap
kami. Dan yang dari Iran tu ramah tapi cakap macam ayam dan itik ar. Ada satu
group ni bila aku kata aku dari Malaysia mereka terus bersorak kuat. Ada sorang
tu try nak cakap Melayu. Lawak ar. Ada yang bila kita salam mereka senyum je.
At least tak terputus hubungan sesama Islam ar kan?
Tahun ni aku terima 2 hadiah hari jadi yang paling
best. Dan kedua-duanya aku beli untuk diri aku sendiri. Umrah dan sebijik
kamera. By the way, 5 January ialah tarikh hari jadi aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)



