Showing posts with label sakit hati. Show all posts
Showing posts with label sakit hati. Show all posts

Wednesday, December 3, 2014

Side Effect Ubat Yang Paling Cool

Aku samakan hidup ni macam berada dalam dewan masa exam. Selepas setengah jam pertama, akan ada yang berdiri dan tinggalkan dewan. Dia sama ada terlalu bijak sehingga dapat jawab semua soalan or dia terlalu bodoh sebab langsung tak dapat jawab satupun. Aku pernah berada dalam kelompok kedua tu masa universiti dulu. Daripada sekadar duduk 2-3 jam tak jawab apa-apa then better berambus. And most of bebudak lain akan keluar bila pengawas pemeriksaan kata masa dah tamat. Sama gak macam hidup. Tak semua orang akan bernasib baik melalui zaman tua. Ada yang mati tak lama lepas lahir or masa sekolah rendah, zaman remaja, 30-an etc. As ada bijak pandai kata: Tua ialah pilihan tapi mati tu pasti. Hmmm..


Waktu kat Kuantan dulu aku ada jumpa specialist ni dan dia bagi aku satu ubat tahan sakit ni. Tapi (sentiasa ada tapi) dia kata ubat tu kuat so makan hanya bila dah tak dapat tahan lagi sebab ia akan bagi effect pada jantung, hati, ginjal, peparu dan organ-organ lain dalam badan. So pendek cerita satu hari ni aku memang dah tak tahan sakit so aku makan sebijik dan magically rasa sakit tu terus hilang. Menunjukkan betapa kuat ubat tu tapi (sekali lagi tapi) ia hanya berkesan untuk kurang 30 minit je. Dan aku hanya makan sekali tu je.




...




Sakit sendi aku makin hari makin terasa hazabnya. So nak tak nak aku terpaksa guna pilihan terakhir aku: kembali semula mendapatkan service kat klinik pakar kulit. Yap, jadi tikus makmal sekali lagi. Cumanya kali ni tak ada lagi ubat sapu berguni-guni sebaliknya mereka hanya bagi pill telan yang kecil rupa dan sikit bilangannya. Sebabnya? Side effectnya sangat kuat. So berikut aku senaraikan side effect dari effect CGI tahap filem Razak Mohidin sehingga effect hebat tahap filem Interstellar. 

Tumbuh jerawat
Gatal-gatal
Sakit tekak
Rasa sejuk badan
Pening kepala
Demam
Rasa mual
Cirit-birit
Muntah-muntah
Badan tak bertenaga
Hilang selera makan
Keguguran rambut
Kencing berdarah
Keradangan pundi
Pendarahan usus
Kebocoran usus
Penurunan sel darah putih 
Penurunan platlet darah
Jangkitan bakteria pada darah dan tisu kulit
Ulser usus
Hepatisis 
Tisu hati mati
Kegagalan fungsi hati
Kegagalan fungsi ginjal
Radang paru-paru


Gosh, nak menyembuhkan satu penyakit then kita terpaksa menerima seribu satu penyakit lain. Sebenarnya ada banyak side effects lain yang aku tak dapat nak terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. So makin selalu ar aku ambik darah dan kemudian buat x-ray dan semuanya akan berulang dan berulang sehingga aku mati.

Sejujurnya aku memang tak bermatlamat nak hidup lama. Aku bukan Chairil Anwar yang nak hidup seribu tahun lagi. Forever 27 ialah salah satu pilihan yang ada tapi ia dah berlalu. Plus aku tak nak hidup sampai tua dan baru mati seperti mana aku tak sanggup nak duduk lama-lama sambil tengok kertas soalan yang aku sepatah haaram tak faham dan tak buat apa-apa dalam dewan exam semata-mata takut bangun, serahkan kertas ujian dan keluar dari dewan. Buat mereka-mereka yang tak pernah melalui benda tu then mereka tak akan tahu feel menyeret kerusi dengan bunyi geseran yang berhasil agak kecil tapi setiap satu telinga akan dengar bunyi tu sebab suasana sangat sunyi dan apabila kau berjalan gaya catwalk then setiap mata akan memerhati. Part paling best bila kaki menjejak ke keluar dewan dan kau rasa sangat ringan dan bebas. Cuma part yang tak best bila masa keluar tu ar baru otak mulai berfungsi dan kau tiba-tiba tahu setiap satu jawapan kepada soalan yang kau biar kosong tak terjawab tu. In real life situation lak, mereka tu ialah orang yang x ada banyak amal ibadah dan menyesal sebab dah mati.






So persoalannya sekarang ni: Perlu ke aku makan ubat tu?
















Or kenapa aku nak makan ubat tu sebenarnya? Nak sembuh ataupun sebab aku nak mati awal tapi tak sanggup bunuh diri? Aku rasa dah tiba masa aku nak jumpa Maha Pencipta

Saturday, June 30, 2012

Kasfalela Manja

Entah apsal hati aku tergerak berkata "Apsal Kasfalela Manja ni dah lama x upload status FB?" Kebarangkaliannya it either dia dah bubarkan account FACEBOOKnya or dia dah remove aku dari friend list dia or dia sangat busy. Sebab Kas seorang engineer yang selalu travelling sana sini but still dia sangat active update kat FACEBOOK. So aku check wall dia dan heran apsal ramai yang wish dia semoga semboh dan apsal dia sekarang kat Hospital Umum Sarawak (HUS)? 


So aku tanya Suphia (another friend) dan dia pun x tahu so dia call handphone Kas dan kakak Kas jawab dan mengesahkan rasa curiosity kami cuma dia tak menjelaskan secara detail what happen. So tadi malam aku ngan Phia (beberapa kawan x dapat join dan Koland x lupa datang last minit) pergi ke HUS.

At first bila sampai katil dia, Kas just berbaring. I tho dia keletihan ar tapi realitinya dia memang x dapat duduk pun. Rerupanya dah 3 minggu dia ditahan kat HUS. 8 day earlier dia masuk ICU. That mean masa dia SMS ajak aku dan kekawan lain kuar malam tu ialah hari-hari terakhir before unfortunate event ni berlaku.

Menurut kata emak Kas, memula it just batuk-batuk biasa yang berpanjangan selama 5 hari. Then dia start rasa lemah-lemah sehingga bapak dia paksa buat check up. Then doctor cakap selamat mereka datang awal sebab ada kuman pada darah Kas yang dah effect sistem sarafnya. Kalau lambat then x tahu ar apa yang akan berlaku.

Sekarang ni Kas totally helpless ar. Kalau word yang tak bestnya dia lumpuh hampir sepenuhnya. Sebab 2 part pada dia yang leh bergerak hanya bibir yang tak bersuara dan tangan. Itupun dalam tempoh 3 minggu kemajuan yang baru berlaku ialah tangan kirinya baru bergerak dan ia cukup lemah. Dia x dapat merasakan kaki dia pun malah menelan air liur pun x dapat. 














Sedangkan sebelum 3 minggu ni or hampir 3 tahun mengenalinya, Kas seorang gadis periang, banyak cakap, x suka duduk diam, yang suka tengok wayang, main bowling, kareoke, mc d etc. Tapi satu perkara yang masih ada pada Kas yang kami lawati tadi ialah: Dia masih lagi tersenyum.

















Aku yakin Tuhan x ada menurunkan satu-satu ujian melainkan Dia yakin umatNya mampu menghadapi ujian itu. Plus sekarang Tuhan sedang memberi tumpuan lebih kepadanya. Dan aku berdoa serta aku nak kekawan yang mengenali or tak mengenali dia please doakan agar dia kembali sihat seperti dulu. Ameeen

Sunday, November 13, 2011

Resign.. Again..?

Bila aku katakan pada orang yang aku baru kenal yang ini adalah pekerjaan ke-3 aku untuk tahun ni then mereka cam tak percaya. Then mereka tanya: apa kerja-kerja previous? Berapa lama bertahan? Kenapa resign? Tapi kalau orang yang dah lama kenal aku plak then dengar reaksi aku nak resign akan kata: What sekali lagi or cepatnya 3 bulan berlalu. Hmmm..

(dapat tengok something yang sedang senyum tak dalam gambar ni?)

Literally 3 bulan belum berlalu lagi pun. Memang ar purata tempoh aku bertahan pada 1-1 pekerjaan based on 6 pekerjaan terdahulu ialah sekadar 3 bulan jer tapi tempoh aku bekerja untuk kerja ni baru jer masok 2 bulan 1 hari pada hari ni. Then kekawan yang kenal aku lagi akan kata balik words yang sama yang mereka selalu kata each and every time aku resign kerja-kerja terdahulu: Aj, ko dah 26 tahun. Orang lain pada usia ko dah ada keluarga, ada rumah, ada kereta, ada simpanan banyak dah, asset terkumpul dah banyak tapi kau boleh plak fikir nak resign lagi pada usia almost nak 27 nih? (yap, tak lama lagi aku 27. Jangan lupa..!!)

Yap, aku akui yang ada certain kerja-kerja terdahulu yang aku resign seems cam aku tak tahu kenapa or apa sebab sebenar aku resign. Aku pernah guna reason: Im not suit with the job, I cant see myself work in these type of work environment for the next 10-20 years, aku menjadi mangsa politic office kat sana, tanggungjawab tu terlalu suci untok aku bla bla bla. Mostly may be sebab aku ni jenis yang terlalu free thinker yang tak suka dikongkong or buat kerja rutin yang berulang. Tapi ada masa aku resign sebab nak dapatkan nombor yang bunyik cam cantik cam aku pekerjaan ke 6 pada usia 26 tahun. Hmmm..


Cuma kali ni aku yakin sebab reason yang bakal aku guna untok resign kali ni agak lain gak ar. 


Secara fizikalnya orang akan kata sebab aku nak resign ialah kerja ni terlalu stress ngan masa kerja kekadang satu hari aku kerja sampai 15 jam sehari, masok jam 9 pagi balik jam 3 pagi then esok masok pagi lagi sedangkan dalam seminggu cuma cuti 1 hari jer. Cuti pun bukannya dapat buat apa-apa sebab letih 6 hari tu. Dah ar tu ada senior-senior dalam management yang sangat tak suka aku then hari-hari nak tembak dan jatuhkan aku jer bla bla bla then ngan tak ada masa untok diri sendiri, keluarga or social life lagi ngan stress itu ini akan jadikan sebab terbaek untok aku resign.


Jawapan aku: tidak dan ya.

Bab tidaknya ialah walaupun kerja ni seems cam sangat tak ada masa senggang tapi sebab aku ni sorang yang workaholic then aku memang suka buat kerja as long ada kerja nak di buat ar. Secondnya walaupun ada orang tertentu dalam office yang tak suka aku dan selalu serang-serang, marah-marah or cuba nak malukan aku depan orang ramai tapi selamat muka aku ni jenis yang tak tahu malu so aku selalu make fun of it. Kekadang tu orang tu makin tension ngan aku yang tak melenting bila dia nak serang aku. Wakaka.

Bab yang ya nya pulak ialah kerja ni memang tak ada masa untok keluarga, sosial ataupun diri sendiri. Dan untok aku yang tak normal ni then it hard untok terus survive. Psoriasis dan Arthritis jadi worst then ever. Memang jujor cakap kalau balik rumah dah sangat penat then nak ubat memang tak sempat then terus tidor. Lom lagi masok stress yang jadikan Psoriasis makin teruk. Last week gi Dermatology then this week aku terpaksa pergi lagi sebab Arthritis aku makin teruk. Kat sendi lutut masa berjalan dah terasa cam ada benda tajam yang mencucok-cucok. Then lastly doctor tu pindahkan aku ke department baru plak: Rheumatology aka bahagian yang handle masalah sendi-sendi tulang nih.

Cuma masalahnya as usual hospital kerajaan akan ambik masa lama. Tempohari hantar surat then next 2 week baru leh register. Dan aku tak yakin aku leh bertahan sampai tempoh tu. 













Jujor kata: sakit sangat sekarang ni. As aku kata pada doktor kulit tu tempohari: "Kalau saya tak ada iman dalam diri ni dah lama saya menanggis dan menjerit sepanjang masa, doc. Ia sakit sangat...". 






















Kalau korang nak tahu gak bagaimana rasa sakitnya then aku akan cuba kata: kalau korang di tempat aku sekarang ni then korang first benda yang aku pasti korang akan buat ialah korang pasti nak cabut keluar kaki korang waktu tu jugak.





















So? Should I resign atau tunggu lagi sehingga ia benar-benar teruk?

Thursday, November 10, 2011

Saya Anti Ustaz Azhar Idrus

Perhatian: post kali ni tak ada kaitan langsong ngan Ustaz Azhar Idrus, pensyarah bebas yang terkenal yang menjadi idola ramai remaja Islam di Malaysia. Ustaz Azhar Idrus tersebut merujuk kepada code name yang digunakan oleh penulis dan rakan sekerja kepada seorang makhluk tuhan lain. Hmmm..

Awal-awal aku jumpa dia dulu, aku percaya yang dia seorang lelaki yang baik. Walaupun dia agak muda tapi aku suka perangai dia yang sentiasa hormat orang and walau sebusy mana sekalipun dia selalu dan akan tolong aku walau aku tak mintak tolong sekalipun.Even orang lain pun sangat senang ngan perangai dia yang mudah mesra dan full of sense of humor yang tinggi. 


But as time goes by, dia berubah. Bunyik cam as time goes by tu cam lama ar sangat tapi realitinya dalam masa yang sangat cepat, dia berubah jadi someone else. Someone yang totally berbeza than previous of him. Memula aku tak percaya ar bila kekawan lain bagitahu yang dia dah berubah. Just imagine, aku just tak jumpa dia 1-2 hari  jer then bila jumpa balik, yap aku mengaku yang dia dah berubah. 

Pandangan mata dia, cara dia senyum then belum masok part bila dia start bercakap. Berbeza sangat. Dia dah start mengarah dan cakap perli-perli. Sedangkan dia sekadar crew biasa-biasa jer. Tapi bila aku ingat balik, yap memang ada kronologi berlaku sebelum ni. Dulu dia start rapat ngan orang-orang yang berpengaruh dan penting dalam company cam crew leaders, supervisors, assistant manager and manager itself. Even dia sempat jadikan sorang supervisor tu as kakak angkat dia lagi. 












Then buat aku terfikir, Im future assistant manager so maknanya selama ni dia buat baik ngan aku bersebab laa..

















DAMN...!!!

Wednesday, November 9, 2011

Good mr. Nazir

Emak pernah kata: kalau kita sakit, jangan pernah bagitahu sesiapa. Biar diri kita sendiri sahaja yang tanggung Tapi lama-lama aku rasa emak pasti nak tarik balik words dia yang dia pernah share ngan aku satu masa dulu tu. Sebab aku terlalu mempraktikan words dia sehingga aku tak pernah share setiap kesakitan or setiap masalah aku pada dia atau pada sesiapa pun. Hmmm..


Emak pernah kata waktu aku kecik dulu aku pernah kena tahan kat wad sebab demam panas. Waktu tu emak sangat takut ngan keadaan aku. Bukan sebab demam panas tu tapi sebab aku masih boleh tersenyum walaupun dalam keadaan cam tu. Realitinya aku tak tahu pun kenapa aku leh tersenyum waktu tu. Mungkin waktu sekarang ni aku boleh sediakan jawapannya: sebab ngan senyuman leh buat rasa sakit tu berkurangan dan tangisan hanya melemah dan memburukkan lagi keadaan.

















Kesakitan pada kaki aku makin teruk. Dan rasanya sangat sakit setiap saat. Dan aku tak tahu selama mana lagi senyuman aku akan mampu bertahan. 

























Setiap kali aku start nak gave up then aku akan dengar lagu ni.



That I would be good even if I did nothing
That I would be good even if I got the thumbs down
That I would be good if I got and stayed sick
That I would be good even if I gained ten pounds

That I would be fine even if I went bankrupt
That I would be good if I lost my hair and my youth
That I would be great if I was no longer queen
That I would be grand if I was not all knowing

That I would be loved even when I numb myself
That I would be good even when I'm overwhelmed
That I would be loved even when I was fuming
That I would be good even if I was clingy



That I would be good even if I lost sanity
That I would be good whether with or without you








That I would Be Good
By Alanis Morisette

Thursday, October 13, 2011

Worst Employee Ever

Kalau zaman dulu-dulu, sekolah sangat suka guna istilah budak bodoh, lembap, malas, suka main, tak serius, baghal etc tapi as time goes by sekarang dah sekolah dah ada istilah lain cam dyslexia, hyper active then diubah sistem pengajaran bersesuaian dengan kemampuan penerimaan pelajar. Sebab manusia ni ada banyak jenis. Tak semuanya fast and smart learner. Ada slow, ada kuat hafal, ada good in practical, ada yang punya kekurangan dan kelemahan sendiri or in other wordnya: tak ada sesiapa yang benar-benar bodoh. Hmmm..


Teringat masa sekolah dulu, aku tak kelaskan diri aku as sorang yang pandai. Walaupun sepanjang 5 tahun di sekolah menengah aku dapat nombor 1 lebih 80% setiap tahun but still aku tak kelaskan diri aku as pandai. Aku cuma faham konsep apa yang diajar dan aku kuasai certain subjek cam math etc. But still aku lemah on other subjek cam sejarah etc. 

Aku suka math sebab jawapannya memang tepat dan aku suka something yang aku boleh praktiskan. Berbanding sejarah yang lebih kepada pembacaan dan penghafalan fakta, nama orang, nama tempat, tarikh, tahun bla bla bla peristiwa silam yang mostlynya aku tak dapat relate ngan hidup aku (or sama gak cam rumus algebra etc yang aku tak dapat guna masa beli ikan kat pasar basah). Sebab realitinya aku bukan kaki hafal.

Tapi masa form 6 aku jumpa 2 orang kawan seangkatan yang selalu dapat nombor 2 dan 3 kelas yang selalu score subjek sejarah. Dan kalau korang baca essei mereka then korang akan dapati yang jawapan mereka sebijik cam apa yang ada dalam buku teks sejarah form 6. Sebijik. What I'm nak kata sekarang ialah bukan mereka meniru masa exam tapi mereka memang jenis kaki hafal sebijik-sebijik. Nak buat cam ne ar kan kalau sistem otak manusia tak sama ar kan..?Hmmm..




...




Semalam adalah genap 1 bulan aku bekerja di suasana baru ni. So mereka buat assessment ke atas aku based on buku SOP company. Kalau korang tak tahu apa benda SOP tu ialah Standard Operation Procedure aka cam buku manual kalau korang beli gadjet ar yang mostly kita tak akan ada hati nak baca. Buku SOP untok company ni plak ada 1 masalah. Apa yang ada dalam buku SOP tu tak semua dipraktiskan dalam aktiviti business. Then after 3 bulan aku di sini kelak, aku akan diadili oleh Area Executive yang akan buas assessment based on SOP tu. Dan terlalu banyak fakta, nombor, jargon, istilah-istilah yang perlu aku hafal yang mostly tak sama ngan apa yang aku diajar waktu handling real stuff.









So aku fail kesemua assessment yang dijalankan semalam. Dan aku dikelaskan oleh mereka sebagai pekerja  (not including crew) paling teruk dalam company.
















Atas alasan apa? Aku tak hafal seluruh buku SOP tu...!!




















Okey, nak buat cam ne ar kan? Aku bukan jenis kaki hafal.Then operate sistem otak aku dan tukar cara otak aku tafsir data? Gosh..















Mungkin kerja ni bukan ditakdirkan untok aku. Tapi aku tak akan mengalah dengan mudah. Kalau aku memang tak ditakdirkan untok kerja ni then aku akan redha. Aku yakin tuhan tahu apa laluan dan penghujung perjalanan aku ni kelak. Hmmmm..

Monday, October 10, 2011

Sejenis

Ada seorang kenalan kuarkan satu statement 'Manusia ni macam pasu kosong. Ia tak peduli apa yang mengisinya. Ia hanya mahu diisi dan tak nak dibiarkan terus kosong' So this post akan cerita tentang jenis manusia yang seperti pasu kosong. P/S: ia tak bertujuan nak menjatuh or what ever negative thought kepada pihak-pihak tertentu. Ia sekadar cerita penulis. Hmmmm..


Aku ada sorang kawan GAY yang sangat memperjuangkan seks orientation dia dan mempersoalkan sesiapa yang tak leh terima masyarakat GAY. Tapi dalam sifat open dia tu still dia tak leh nak terima kewujudan komuniti LESBIAN. Alasan dia sebab GAY: lelaki ngan lelaki both ada 'plug' dan 'socket' so leh 'memberi' dan 'menerima' tapi sebaliknya LESBIAN: girl ngan girl both cuma ada 'socket' jer untuk 'menerima'. Hmmm..

...

Masih terdapat masyarakat yang keliru antara seks dan cinta. For example: sorang lelaki ni 'ter' have a seks ngan lelaki lain da dia rasa 'orgasm' yang sangat best berbanding sewaktu dia 'ter' have a seks ngan awek dia sendiri. So dia keliru either dia dah jadi GAY or still STRAIGHT? Sedangkan dia tak ada sedikit perasaan pada lelaki pun. It just dia suka 'feel' yang something lebih 'keras' or 'feel' untuk 'menerima'  tu jer. 

So kesimpulannya: dia just seorang STRAIGHT guy yang suka have a seks with other guy jer. Noktah.

...

Aku ada sorang kawan perempuan waktu sekolah menengah dulu yang selalu putus cinta ngan balak demi balak. Then dia selalu share her problem ngan kekawan perempuan dia. Dan kawan perempuan dia jauh lebih faham permasalahan dan situasi dia berbandig para lelaki lain. So dia decide untuk bercinta ngan kawan perempuan dia. Both ialah perempuan yang tak ada ciri-ciri keras or TOMBOY sikit pun. Mereka bersama sebab both saling memahami kehendak dan keperluan masing-masing dan mereka bersatu atas nama cinta.

Mungkin sebab frasa: Men from Mars dan Women from venus menjadikan certain boys and certain girl malas nak cuba kenal and faham kehendak jantina lain jenis mereka then lastly decide untok date pasangan sejenis jer. As my GAY friend tu pernah kata: lelaki lebih faham apa yang lelaki perlu dan mahu plus lelaki lebih faham 'hot spot' memasing. Hmmm..

...

Aku bekerja dalam bidang yang perlu melibatkan diri dengan customer dalam tempoh masa yang lama. Aku jumpa pelbagai jenis customer dari pelbagai latar belakang dengan perangai yang extra pelbagai. Antaranya aku jumpa banyak customer yang memilih untok bercinta dengan pasangan sejenis. Mostlynya dari kumpulan wanita yang lebih berani menonjolkan diri.
















































Aku bukan pasu kosong. Aku akan sedaya upaya untok memastikan ke'kosong'an aku tak disi semata-mata sebab aku 'kosong'. Hmmm.

Tuesday, September 27, 2011

2 Weeks Notice

Dude, betapa aku rindu ngan dunia blogging nih. Kalau dulu satu hari leh upload sampai 2 post tapi sekarang ni nak blogging or layan tenet seminggu sekali pun susah. Dah tak tahu apa pekembangan dunia blog (include dunia porn sekali) terkini. Al maklum orang bekerja kata kan. Kerja plak bukannya ikut masa orang lain bekerja. Hujung minggu kerja. Balik kerja pun masa orang dah lama tidur. Bila orang lain gi kerja plak, masa tu ar kita tengah lena tidur. Cuti seminggu pun sekali jer. Hari ni ar aku cuti tapi last-last kena turun tempat kerja plak sebab ada meeting. Hmmm..


Disebabkan aku x ada transport sendiri then kakak ipar aku hantar aku awal: ikut masa rehat dia ar. Aku no big deal sebab ada jer benda yang aku boleh buat kalau datang awal2 nih especially bila ada duit (masalahnya gaji kerja dulu + gaji kerja sekarang ni belom keluar lagi pon). So dengan berat hatinya aku turon kerja gak pada satu-satunya hari cuti aku ni. Tapi aku bawak labtop ar. 

Then beli 'Dark Mocha: STARBUCK' kegemaran aku dan lepak untok 4 jam guna free tenet sini. Huhuhu.

Chop. Before aku teruskan nak share satu funny incident masa aku tengah lepak ni tadi. Tengah layan tenet sambil slurp kopi then ada sorang minah Cina ni cakap-cakap something kat kaunter. Aku plak kebetolan dudok berhampiran kaunter. Then dia tunjok kat aku. Rrupanya dia nak order apa yang aku minum sbb dia kata cara aku minom seem like benda tu sedap jer.. Wakaka.. Lawak plak..



Sambong balik cerita. Technicallynya dah 2 minggu aku kerja sini. Aku dah buat almost semua kerja yang perlu dilakukan oleh semua pekerja sini. Aku dah buat ticketing. Aku dah collect ticket, bukak pintu, check piracy. Aku dah buat popcorn and semua makanan yang dijual kat GSC. But still few stuff masih lagi belum aku buat and bakal aku buat in next few week. Hmmm..


So how does it feel work in cinema?


I got good cinema manager. Yap, dia sangat baik. Dia ajar aku dengan penuh kesabaran. Yap I do admit that Im not a fast learner (tak nak ngaku lembap ar tu). Clique kerja? Yap, ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang pura-pura baik etc. Ia ada di mana-mana tempat keja include politik office yang tak pernah terkecuali. Yap I do admit yang suasana kerja kali ni a bit (or a lot bit) berbeza then previous-previous kerja yang aku pernah buat cam Im easily make friends kat satu-satu tempat kerja. Friends dalam erti kata kawan yang dengan mudah aku dapat keserasian then lepak-lepak Mc D etc tapi kali ni lain.

It seems kali ni ia berbeza. Aku sendiri tak tahu mana ruang silapnya. Dah 2 minggu berlalu dan semuanya seem cam just kawan biasa-biasa jer. Mungkin salah satu sebabnya aku ada jawatan yang lebih tinggi yang tak sama ngan mereka so mereka try to buat jurang with me. Sedangkan bagi aku jawatan tu sedikitpun tak menjadikan aku lebih 'mulia' or lebih 'suci' dari mereka. Hmmmm.. Masa akan menentukannya. 



How does it feel to become a 'perantau'?


Ada beberapa kawan mempersoalkan: Aj, kenapa kerja jauh sangat? Aj, mesti susah hidup di negeri orang kan? Aj, ko boleh survive ke dengan budaya orang lain yang jauh berbeza ngan budaya ko? Aj, ko mesti homesick and rindukan keluarga and makanan kat Sarawak kan?

Membuatkan aku buat muka kehairana yang sekaligus menambahkan ke-cute-an pada muka aku sambil berkata "Dude, Pahang kan masih dalam Malaysia? Then tak lah jauh mana sangat pun aku pergi. Bukannya aku gi Papua New Guinea or Colombia ke then itu baru jauh. Budaya sini sama jer budaya sana. Bukannya aku perlu belajar cara cakap lain ker or perlu pakai costum budaya lain etc ke. Rindu Sarawak? Hmmm.. x terasa sangat kot. Sebab most of the time aku rasa aku just pergi kerja jer dan Sarawak just few meter dari sini. Hmmm"



Lastly, how Kuantan?


Where else you can find masyarakat yang dialek mereka a bit Terengganu, Kelantan and Perak kalau tak di Kuantan. Masa belajar Linguistik dulu it seem sangat susah nak cari 'Dialek Pahang' nih. Sebab most negeri-negeri di Malaysia ada dialek memasing. Satu-satunya yang aku ingat ialah dialek di Pahang punya kelajuan yang berbeza itu aliran sungai. X paham ek? Tanya sama Puan Ros aka cik Linguistik dulu. 

Satu-satunya kejutan budaya ketika berada di Kuatan ialah apabila semua orang bercakap dalam dialek yang almost sama. Bila aku kata semua orang then aku maksudkan buka just orang Melayu jer malah yang Cina dan India pun bercakap dialek yang sama. Lebih heran bila ada yang Cina sesama Cina pun cakap dialek Melayu tu gak.. Memang 1 Malaysia ar..









So 2 minggu berlalu, x lama lagi meeting dah nak bermula. Aku kena sign out dulu. Nak prepare baju.. Wakaka.. Bye, jumpa next time..

















P/S: Post kali ni tak ada kaitan ngan aku nak resign or nak sent 2 weeks notice berhenti. Hmmm..

Thursday, September 1, 2011

Forget & Forgive

Aku masih ingat lagi setahun yang lepas. Aku tunggu depan rumah kau almost or may be lebih dari setengah jam. Dah berapa batang rokok dah masok paru-paru aku malam tu. Lastly kau keluar tanpa nak mintak maaf or try to explain apa yang menjadi punca kelambatan kau tu. Kau panggil aku masuk rumah cam tu jer dari jauh. Then bila aku masuk rerupanya sebab kau lambat ialah kau tengah layan kawan-kawan kau membuatkan aku berfikir: aku ni siapa?. Dan sepanjang tempoh tu aku je yang terhegeh-hegeh nak join 'the group' tapi kau pulak try to create the gap.


And suddenly kau boleh jemput aku datang lagi rumah kau tahun ni? 





















Aku mungkin dah maafkan semua SHIT things that you did to me before tapi aku tak mungkin akan lupa semua benda tu.. sampai bila-bila..

























Hmmmm...

Sunday, August 28, 2011

Lelaki Datang Bulan?

Semalam aku ngan parents kuar shopping raya. Before tu berhenti kat depan CIMB bank yang kebetulan bertentangan ngan Mc D ni. Sementara tunggu bapak aku kuarkan duit dia then terperasan satu scene ni. 2 orang lelaki usia sekitar awal 20 an ngan slumber take away Mc D set dan bawak ke motosikal diaorang. Tengok dari muka memang muka Melayu tulen. Hmmmm...


Tempohari tengah bawak motosikal then ternampak sorang kenalan satu sekolah yang buang tin minuman sambil bawak motosikal dari arah berlawanan. Ni dah ar tak puasa then buang sampah merata-rata lagi. Plus dia mesti jenis yang sampai rumah pura-pura lemah tak bertenaga then mengaku puasa dan berbukak sama ngan yang lain. Siapa yang dia tipu sebenarnya ni? Tuhan, keluarga or diri sendiri?

Yang pelik ada gak orang lain yang bagi support. Ada masa dapat tengok group of bebudak sekolah menengah yang balik sekolah minum air keluar dari kedai yang pengusahanya beragama Islam. Ni mesti jenis yang takut bulan puasa akan bawak kerugian sebab tak ada pelanggan so dengan desperatenya 'terpaksa' gak jual untok orang yang ponteng puasa. Dengan alasan itu anak orang lain, bukan anak or ahli keluarga aku. Kemudian duit tu guna beli makanan anak bini.Then bila anak dah besar then buat benda sama gak.

Or ada gak aku jumpa depan mata yang satu keluarga tak puasa langsong. Masak makanan tengahari cam tak ada beza antara Ramadhan ngan bulan-bulan lain. Alasan: si suami ada gestrik, isteri ada sakit itu, anak ada sakit ini. Semuanya ada penyakit tapi bila seminggu nak raya dah sibuk bukan main sihat walafiat lagi nak buat persiapan raya. Ni apa matlamat raya diaorang ni? Meraikan tamatnya kesengsaraan sebulan Ramadhan ker?











Aku pernah jumpa para lelaki yang gagah perkasa pada luaran mereka yang selalu kuar statement 'Hidup ni tak ada cabaran. So life are so boring..' Tapi bila datang bulan puasa yang hanya sebulan yang penuh dengan cabaran dan menjadikan hidup sangat berbeza berbanding 11 bulan yang lain tu langsong tak dapat nak diharungi walau sehari pun. Tak kan setakat nak tahan lapar selama beberapa jam tu pun tak mampu? Itu cabaran apa? Rupa luaran memang gagah perkasa tapi dalaman tu lembut sangat.























Aku tak pasti either dia guna alasan datang bulan or menjadi tak waras kot sehingga terpaksa tak puasa. Hmmmm

Saturday, August 27, 2011

Kuning The Cat

Tak ada sesiapa pun yang pernah jangka yang anak kucing tu boleh survive sehingga dewasa. Emaknya hanya kucing betina yang hanya tahu mengandung dan beranak selepas tamat musim mengawan tapi tak pernah tahu cara sebenar jadi emak. So semua anak-anak dia sebelum ni mati just macam tu jer. And worst selepas melahirkan anak kucing kali tu, emak dia terus hilang tanpa ada sesiapa pun tahu ke mana dia pergi.


It seems agak impossible untuk anak kucing sekecik  tu boleh survive sehingga dewasa. Dan aku selalu terfikir pasti susah untuk dia membesar sorang diri sebagai makhluk berbulu dikelilingi manusia yang totally tak berbulu sedikitpun. Menjadikan tak ada mana-mana kucing dewasa yang pernah ajar anak kucing tu membesar sebagai seekor kucing yang sepatutnya.So aku selalu cakap ngan Along aku yang Kuning pasti anggap yang dia ialah a part of our family sebab dia tak pernah lagi jumpa mana-mana kucing lain selama ni.

So the first time dia jumpa kucing lain dia lari lintang pukang macam jumpa hantu sebab dia tak tahu what tthe fuck is that monster. Kedian dia jumpa lak ngan kucing jantan tapi dia tahu the basic rules: there are no such term as 'friends' among male cats. So dia jadi mangsa kalah tanpa sempat berlawan. Tapi the next time dia jumpa kucing lain iaitu the female one, he treat her just like cam kucing jantan nak bergaduh plak. Hmmm...

Dan Kuning sentiasa ada masalah dalam relationship. The last two female yang almost in relationship dengan dia suddenly mati. Betapa dia sangat kemurungan masa tu. Dan sekarang ni ada sekor kucing liar beranak depan rumah dan aku yakin yang ia bukan 'angkara' Kuning sebab aku yakin kucing tak tahu 'how to do that thing' with other cat. Hmmmmm

Dan emak pun mula-mula dulu tak pernah suka Kuning (emak memang tak pernah suka mana-mana haiwan pun). Tapi lama kelamaan emak dah start membebel pada kuning sama cam dia membebel pada anak-anaknya. Yap, she did accept him.










Tapi bab paling besar yang aku tak akan lupa tentang Kuning ialah dia kucing pertama yang berjaya membuatkan aku tak lagi takut pada kucing seperti sebelumnya (tapi bila jumpa kucing lain mode takut tu masih ada plak). Sebab the first time dia gigit tangan aku, aku tahu dia tak akan menyakitkan aku. So we share same bed, tengok tv sama dan kekadang dia seems bercakap tak puas hatinya kalau ada things x best berlaku dalam tv. 














Along kata kucing ada 2 tabiat: dia tak akan melahirkan anak di rumah mereka dan tak akan mati di rumah mereka. Sekarang buat first timenya Kuning sangat lemah dan terbaring kat bilik mandi. Kami sediakan makanan depan dia pun dia buat tak tahu. Kalau ikut usia manusia dia may be sebaya aku. Kalau sekarang masa dia untuk pergi then aku akan redha.


























Kuning bukan sekadar mana-mana kucing. Dia ialah a part of the family.

Sunday, August 21, 2011

Blog Kamu Menyakitkan Mata Saya

Im a blogger. I love to write posts in a blog and I love to read other blogs too. Rulesnya sangat simple. Ada blogger tu cuma perlu tulis sebaris dua ayat dalam satu post mereka tapi boleh buat pembaca rasa sangat enjoy. Ada just perlu upload satu pics then tulis 1-2 patah perkataan pun dah buat kita rasa 'x-factor' dalamnya. Ada jugak yang  perlu tulis panjang-panjang baru kita rasa kepuasan tu. Even ada yang tulis caki maki pun boleh jadi hiburan buat kita.


Tapi selain tu ciri-ciri hiasan yang ada dalam blog pun menarik minat pembaca selain isinya. So yang tak bestnya, ada blog yang sangat menyakitkan mata dan hati hati kita..Berikut ialah ciri-ciri blog yang sangat menyakitkan jiwa dan raga aku:

1. Warna yang SANGAT TERANG
Latar belakang dah lah bling-bling dengan corak bukan main penuh lagi then color screen behind word plak warna UNGU terang dan tulisan plak warna KUNING or HIJAU terang. It seems like kalau kita bawak labtop then bukak blog dia sambil memandu motosikal, ia leh jadi penyelamat kita sebab ia bertindak as pakaian keselamatan jalan raya yang sangat menonjol. Aku tak pasti either blogger ni ada masalah buta warna yang terlampau or dia memang ada masalah dengan warna. Erk...


2. Pemilihan Font 
Ada blogger yang punya masalah penglihatan kritikal sehingga mereka guna font yang SANGAT BESAR or ada yang punya penglihatan tahap superman yang pilih font yang sangat kecil. Kedua-duanya buat otak aku jadi gila. Itu belum masuk guna font dari jenis yang terlampau susah nak dibaca. Italic yang terlampau italic or font yang dah macam tulisan ibunda Thailand pun ada. Erk..


3. Hiasan terlampau
Ada blogger yang nak saratkan blog mereka dengan semaksima mungkin. Kiri kanan penuh gadget. Dari atas sampai bawah. Then ada lagi animasi yang ttiba muncul yang menutup 1/4 pandangan apa yang mereka postkan. Kedian cursor plak ada yang cam langsuir bergerak sama ikut kita. Kalau blog tu gambaran pribadi blogger then aku yakin individu tu ialah pokok kristmas yang bergerak. Or kalau dia ada set makeup then muka dia penuh warna warni sebab dia nak masukan semua warna tu pada muka dia sekaligus. Heran aku. Mereka fikir padat tu cantik ke?


4. Music yang stuck
Aku jenis yang baca blog penuh konsentrasi. Tapi ada blogger yang nak tenangkan pembaca dengan music tapi masalahnya lagu yang dipilih plak sangatlah hinggar binggar, merosakkan mode membaca. Kedian plak terhenti-henti. Last-last aku tutopkan je site tu. Malas dah.


5. Follow follower
Ini tak ada kaitan sangat tapi cukup penting. Aku paling tak suka blogger yang tulis: done following you so follow me back. Apakah anda cukup desperate nak orang follow you dalam jumlah yang banyak tapi realiti x ada follower sebenar? Kuantiti vs kualiti. Pun buat aku benggang gak..























WTF

Tuesday, August 16, 2011

Cemburu?

Kalau korang fikir aku akan post cerita tentang mode cemburu pada jiran sebelah rumah sebab diaorang tukar perabot or langsir baru setiap tahun bila nak masuk raya.. then korang salah. Aku tak ada perasaan yang tak ada faedah langsung pada aku hidup aku cam tu sekali. Im gonna talks about cemburu yang bukan cemburu cam tu. Tak paham? Aku pun tak tahu nak jelas cam mana. Baca je ar..


Orang tua-tua kata cemburu tu tandanya sayang. Even kalau kita tengok couple yang cemburu,-cemburu manja buat kita rasa cam "Soo sweet.." pasal ada orang tu dia cemburu tanpa dia tahu sebenarnya dia dah start sayang pada orang tu. Melainkan ia cemburu buta ar yang sangat membencikan. I got a friend yang balak dia sangat cemburu buta sehingga dia terpaksa tukar setiap nama kawan lelaki dalam handphone dia kepada nama perempuan (include nama aku jadi ompuan gak) sebab tak nak balak dia cemburu tak tentu pasal. Itu tahap "Soo pelik dan menjengkelkan ar"..

Tapi bila rasa cemburu yang sama berlaku pada diri kita then ia akan jadi tak best sangat-sangat ar. Aku pernah ada couple masa sekolah dulu ngan sorang girl ni. Tapi kami rahsiakan status perhubungan kami ni ar. Realitinya aku pun tak tahu kenapa kami perlu rahsiakan status kami. Hanya kawan-kawan rapat jer tahu. So satu hari persatuan kami ada lawatan ar. Dan itulah pertama kali aku rasa cemburu yang cukup kuat sehingga kita tak akan berfikir secara rasional apa tindakan yang bakal kita ambik. Waktu tu dia just sekadar bercakap-cakap dengan lelaki lain aka kawan aku sendiri jer pon.

Rasa cemburu tu datang sebab it seems aku x nak my girl dishare oleh lelaki lain. 

Tapi as masa berlalu, makin ramai kawan aku (yang tak tahu hubungan aku ngan that girl) kata mereka tengah dating with her. Last-last baru aku tahu reason dia nak rahsiakan hubungan tu ialah sebab dia buaya betina. Hmmm..


...


Then aku pun pernah gak cemburu pada something yang bukan cinta bila kawan aku sorang ni dia berkenalan dengan sorang kawan baru yang kebetulan ialah cousin aku sendiri. So kekawan ni start kuar statement biasa cam perangai cousin ni sebijik cam aku, cara dia berfikir sama gak cam aku, lawak dia, itu ini aka semuanya macam aku sehingga aktiviti yang kami selalu buat dah diganti oleh dia dan special place yang dulu ada aku dah ditukar pada dia sehingga ada masa aku rasa cam tempat aku tu dah diambil alih oleh cousin tu. Irrational kan betapa cemburu leh buat kita berfikir tak rasional..








Tapi syukur gak sebab yang berlaku melibatkan cousin tu yang totally jauh lebih baik dari aku dan terlepas dari genetik gila dalam keluarga sebab kalau ia melibatkan the other cousin yang sorang lagi tu then ia akan jadi game 'mengumpul markah tertinggi'.













Aku tak tahu kenapa ttiba aku kuarkan post ni. Rasa cemburu datang lagi kot.












Naaa