Showing posts with label bersalah. Show all posts
Showing posts with label bersalah. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Gone Girl A Movie Review

Sebagai seorang penganggur terhormat then aku quit selective tentang movie mana yang aku akan tonton kat pawagam dan yang mana tak. Ada movie macam Interstellar or The Hobbit Battle of Five Armies memang dah dari tahun lepas lagi aku letak target untuk layan kat skrin putih besar dalam hall gelap tu. Tapi untuk movie lain it either aku download torrents or walau dibayar dengan duit pun aku tak sanggup nak tengok. Hmmmm..


Gone Girl ialah antara senarai filem yang aku tak sanggup bazirkan duit aku untuk tengok kat panggung wayang. Sebab utamanya ialah ia ada Ben Affleck a.k.a lelaki yang punya mata macam orang yang tak tidur selama sebulan dengan punggung di dagu (harap korang faham analogi ni). Plus Gone Girl dah keluar kat US agak lama sekirar pada Oktober yang lepas so ketika aku dah siap download versi clear then aku baru sedar yang ia baru ditayangkan kat pawagam Malaysia. Still aku nak buat review sebab jalan cerita ni boleh tahan bestnya.


Sinopsis
Pada satu hari yang sepatutnya berlalu macam biasa, si suami balik rumah dan perasan yang wifenya hilang. Dia bagitahu polis dan entah macam mana setiap satu bahan bukti seolah-olah nak bagitahu bahawa si isteri yang innocent dan lemah tu mungkin dah kena bunuh oleh si suami tersebut. Si suami pulak mati-mati tak mengaku. Menjadikan keadaan lebih teruk apabila pihak polis jumpa diari si isteri dan dalam tu cerita bagaimana hubungan yang bermula dengan cukup bahagai bakal berakhir sebab si suami dan ugut bunuh dia. So persoalannya? Betul ke suami tu tak bersalah dan siapa bunuh si isteri sebenarnya?



Amaran: The next part adalah sepenuhnya spoiler. Jangan baca kalau kau belum tengok filem tu or kau tak nak mode kau terganggu sebab awal-awal lagi dah tahu kejutan tu. 



Kalau baca dari sinopsis then ia nampak macam cerita biasa-biasa je. Even masa tengok filem tu pun kau rasa macam ia dah berlaku dalam banyak filem-filem lain sebelum tu je. Korang pasti akan expect: Pengarah mesti nak suruh penonton syak orang yang tak sepatutnya supaya the end ada twist dan orang yang paling tak disangka ialah pembunuh sebenar. Ada betul dan ada tak pada andaian korang. Cerita ni memang berjalan seperti  mana yang kita jangka pada awal-awalnya dan ia tamat tanpa korang sangka sikitpun ia akan berlaku macam tu. Hmmm..


Rupa-rupanya si isterilah yang merancang 'kematiannya' tu sendiri. Dia seorang yang psiko, paranoid or dalam ertikata yang lebih tepat: GILA..!! Kalau dari versi diari yang dia tulis tu it totally nampak yang dia ialah mangsa kepada suami yang panas baran, kuat berjudi, pemalas etc dan ia seorang wanita bijak yang tak nak berada bawah penindasan suami dia tu. Tapi in real version dia ialah seorang perempuan GILA yang totally GILA..!! Dan of coz kalau kau (seorang lelaki) layan movie ni dengan wife or awek then mereka pasti akan kata yang si Ben Affleck ni memang layak mati sebab curang pada suami tapi buat mereka-mereka yang waras (especially lelaki) then korang pasti akan setuju yang dia ialah seorang perempuan GILA..!!




Aku tak suka cerita perpenamat happy ending di mana orang baik menang dan yang jahat sama ada insaf ataupun mati tapi cerita ni memang bukan happy ending but still aku tak suka endingnya. Hmmm






Pengajaran dari filem ni:
1. Buat para lelaki-lelaki, sila letakkan rasa syak wasangka sedikit pada pasangan korang. Dan buat mereka yang masih single then sama ada periksa latar belakang perempuan yang kau suka tu betul-betul or cara paling mudah: stay single sampai bila-bila.

2. Buat para perempuan-perempuan, jangan ambil inspirasi dan filem ni dan jangan jadi perempuan psiko, paranoid dan GILA..!! Hmmm

Saturday, November 7, 2009

The Little Dajjal

Bagaimana jika Syaitan itu hadir dalam jasad yang sempurna bentuk fizikalnya, bersih, berserban dan berjubah putih. Mampukah kau membezakan kebatilan dalam fasih tutur katanya?


Atau

Bagaimana pula jika Malaikat hadir dalam jasad seorang pengemis, kotor dan serba kekurangan. Mampukah kau melihat setiap sisi kemuliaan yang ada padanya atau kau lebih rela memilih untok tak menoleh?

Friday, July 31, 2009

Dan Ketika Perasaan Itu Pergi


Hari ni tadi aku keluar rehat agak awal. Teros pergi masjid. Ambik wudhu. Bwat semayang sunat. Then bila dah tamat ttiba otak aku teringat kat sorang. Arwah nenek aku (technically adik beradik atok). Teringat pada dia bwat air mata aku tiba2 mengalir.

Arwah tak pernah sayangkan aku. Mungkin jauh dalam hati dia, tu aku x tahu r.

X mungkin aku boleh lupa raya tahun tu. Dia terpaksa bersalam dengan aku. Tangan dia sejuk sesejuk hati dia. Muka dia berpaling ke arah lain. Aku just tersenyum. Hanya itu yang aku boleh bwat. Dalam hati aku menanggis kuat2 shingga aku x sedar ada juga air mata yang mengalir. At least air mata aku x sehebat air mata Angah. Arwah x pernah sayangkan aku, Angah dan emak. Tapi Uda, Along dan bapak berbeza. Dia boleh tersenyum dan berjenaka dengan diaorg.

Waktu tu aku terlalu muda untuk disemai dengan rasa benci. Even aku x tahu kenapa dia cukup benci pada aku. Apa kesalahan yang aku bwat pon aku x tahu. Walau apa pon yang aku bwat, aku x akan dia suka. Dan sejak hari tu aku cukop jarang jejak kaki rumah dia.

Even sehingga dia meninggal, aku x pergi melawat dia. Aku sangat keras kepala. Sebab aku masih boleh ingat macam mana muka dia berpaling masa raya tu. Sehingga 1 ketika aku mulai sedar betapa aku makin jadi macam dia. Setiap sikap buruk dia mulai jadi sebahagian dari diri aku. Betapa aku akan menjadi orang yang aku benci...

Tuhan itu Maha Kuasa. Dia boleh mewujudkan ingatan Arwah pada otak aku ketika aku sedang membenci. Dia mahu aku tahu bahawa aku x boleh membenci. Lalu ia menghilangkan rasa amarah yang aku pendam untuk beberapa hari ni.

Aku x boleh membenci sebab aku tahu betapa sakitnya rasa diri dibenci.

Aku x boleh membenci sebab aku akan jadi seperti orang yang aku benci.

Tuesday, November 18, 2008

PERMAINAN RASA BERSALAH


Listening to: Instrumental Bila waktu telah berakhir oleh Opick
Kalu boleh aku x nak jejak kaki kat bengkel 2 lagi. Mmg hari2 aku perlu lalui bengkel 2 tapi stiap kali 2 jugak aku akan mngelak dari tengok arah 2. Tapi bapak aku cukop suka pegi bengkel 2. Sbb ari ni kelas petang batal then aku n bapak pegi kebon amik rambutan. Balik bapak singgah bengkel 2. Dan aku lihat dia….

Waktu sekolah dulu aku dan group of 3 selalu main 1 game ni: manipulasi perasaan org. kami plilih org yg kami benci then permainkan perasaan dia. Memalukan dia d khalayak ramai. Membuatkan dia nampak terok depan semua org. Buat dia marah, sakit hati dll. Tapi bab game yg plng best ialah buat dia rasa bsalah. U all taukan cam ne feel rasa bsalah boleh effect someone. Sgt syok bila org yg rasa bsalah sangop bwat apa saja untok betolkan ksalahan.

Aku tau yg these 3 bukan kawan yg baek2. Tp at least diaorg saja yg nak terima aku as friend at that time. Walu ramai yg bagi warn yg diaorg just nak pegunakan aku. Aku x amik pedulipon. Dan aku akui bekawan dgn diaorg bwat aku rasa sgt hebat. Diaorg saja yg boleh lahirkan mood GILA dlm diri aku. Ada feel brotherhood yg saling mempertahankan 1 sama laen. Shinggalah 1 masa bila group members jatoh cinta. Dan aku dilabel as SAINGAN. So automaticallynya aku dah jadi bahan permainan diaorg. Dan paling malang aku hanya sedar bla aku kmalangan dan terlantar 2 bulan dan x ada sorg pon antara diaorg yg melawat. Dan bila aku balik semula ke sekolah, aku totally stranger. Blom lagi apa yg aku dgr dr kawan2 laen ttg cakap2 diaorg masa aku x ada….

Last Sunday, 2 dari group member datang. Aku dah lama maafkan diaorg. X tfikir nak simpan rasa marah or benci sikitpon. Even sepanjang tempoh sbelom 2 kami dah banyak habiskan masa sama2. Bak kata salah sorang dia tempohari “zaman dulu ialah kesilapan. Dan sekarang otak dah sikit matang”. Walupon apa yg diaorg bwat masa skolah dulu bawak effect besar dlm relationship tp still aku x pernah anggap diaorg as kesilapan. (Otak dah matang? Wei diaorg skarang get paid for sex r. kira matang r pasal dulu sex untok pecuma skarang leh gain RM200..)



Bila aku masok bengkel 2 aku lihat dia. Dulu dia kecil. Banyak cakap. Kalu jumpa pasti dia akan cerita banyak benda ngan aku. Ada masa dia akan cuba mengelak dari tengok aku then bwat aku ketawa besar. Most of the time dia sangat2 ceria. Dia salah sorang mangsa group aku. Kesilapan aku sbb x bwat apa2 untok halang diaorg permainkan perasaan budak 2.


Tapi bila jumpa dia tadi, dia just senyom. Dia x cakap apa2 pon. Aku pon x tau nak cakap apa2. Then aku just senyom balik.


Apa yg aku penah bwat dulu dah pulang balik pd aku. Rasa bersalah…
Nak perbetolkan? X semua kesilapan boleh ditebos kembali kan?



Nota kaki: Aku nak color rambot balik r. Either blond, red or orange. Wei orange cam watak bleach plak