Showing posts with label Megan Fox. Show all posts
Showing posts with label Megan Fox. Show all posts

Sunday, March 12, 2017

Logan vs Legion

Aku kipas susah mati X-Men tapi kalau kau tanya fakta-fakta tentang komik superhero tu kat aku then mungkin aku akan dapat betul 1 per 10 jer. Sebabnya X-Men's universe ni besar sangat, belum masuk crossover ngan watak-watak lain dalam komik Marvel lagi. Mungkin sebab waktu kecik-kecik dulu (90's) ada animated series X-Men dengan watak pelbagai plus kuasa pelbagai yang buat aku melekat pada X-Men sampai sekarang.


So bila dapat tahu tahun 2000 dulu, ia akan difilemkan then sangat-sangat happy tapi sayangnya hasil yang jadi agak biasa-biasa or other wordnya: mengecewakan gak ar, second film masih lagi mengecewakan, filem ketiga sangat-sangat mengecewakan. Then second sequel: First Class rasa semangat baru ar, Day of The Future Past buat rasa yes-yes-yes dan tak sabar untuk filem seterusnya tapi bila Apocalypse then ia dah jadi macam a lot of thing missing. Tapi trilogy spin off Wolverine lain. Dari Ok to better to marvelously great. Tipu kalau korang minat X-Men dan dah tengok Logan (jangan bandingkan dengan komik Old Man Logan) dan kata filem tu biasa-biasa je. R rated yang penuh dengan darah, aksi tak berperikemanusiaan, bermain dengan emosi dan persoalan demi persoalan, plot yang di atur kemas.. Memang tak salah kalau aku katakan yang Logan ialah filem adaptasi terbaik X-Men plus Marvel sekali. BTW, Logan mati.. Hahaha


Cumanya aku tak minat sangat tak Wolverine ar. Bagi aku Wolverine ni dah macam minah hipster kat Bukit Bintang pada hujung minggu. Ia terlalu mainstream sangat. Sikit-sikit Wolverine selamatkan keadaan. Sikit-sikit Wolverine itu, Wolverine ini. Sedangkan ada 1001 lagi watak-watak lain dalam X-Men yang either jauh lebih hebat, jauh lebih cool dari Wolverine. Ada banyak Omega level mutants yang belum disentuh pun. Even watak yang sedia ada pun ditafsir dengan penilaian yang teruk. Contoh macam watak Cyclops. Dalam filem, wataknya mostly macam pencinta wanita tahap Aiman Tino je sedangkan dalam komik, leadership dia sangat serius giler kot. 





...




Kalau korang minat X-Men then korang pasti dah layan Legion sekarang ni kan? Ia sangat berbeza. Walaupun ia tak banyak aksi lawan guna CGI plus mutant-mutant yang sedia ada pun tak banyak sangat show off power tapi jujur cakap ia adalah series of superheroes paling best aku pernah layan kot. Ia sebuah cerita yang bijak dan memerlukan penggunaan otak untuk berfikir. 



Gambit yang akan difilemkan tu still masih belum ada kata putus lagi.

New Mutant pun ada ura-ura tapi still tak ada berita sahih.

The next X-Men film sequel: Dark Phoenix Saga.

Then X-Men pun akan buat series gak titled Gifted arahan Bryan Singer. Tapi tak nak expect lebih sebab pengarahnya suka menghancurkan filem-filem X-Men sebelum ni..





Walau apa pun filem X-Men yang mendatang, harap-harap ia akan guna R rated punya type ar. Kalau tak ia akan end up jadi macam Avengers: filem tontonan bebudak je. Btw kalau producer filem-filem Marvel boleh bekerjasama then kan best? Boleh buat X-Men vs Avengers ke or paling tak, Quicksilver tak mati sia-sia. Hmmm..

Thursday, May 22, 2014

X-Men: Days of The Future Past A Movie Review

Dah lama x buat movie review. Al maklum x ada kerja so x ada fulus ar. So selama tempoh tu aku sekadar aktif jadi pendownload filem secara haram je. Tapi disebabkan aku sangat-sangat maniac pada X-Men so aku dah berada dalam hall pada hari pertama, tayangan pertama lagi. Wakaka. Aku pun tak tahu entah apsal dalam banyak-banyak komik superhero, aku terlebih maniac pada X-Men. Mungkin sebab dibesarkan dengan menonton X-Men kartoon era 90-an, abang ada komik X-Men, dah besar boleh download lebih banyak online comic plus sorang superhero adalah hebat so sekumpulan superhero adalah jauh lebih hebat. Kan? Wakaka..


Seperti yang aku katakan tadi, aku sangat extra teruja pada kehadiran hari ni. Hati aku sangat membuak-buak tak sabar nak tengok mutant and supermutant power tu. Dalam perjalanan pergi, aku teruja. Sebelum masuk hall, aku teruja. Semasa dalam hall, aku terlebih teruja. Bila dah keluar hall, aku jauh lebih teruja. Dan sampai rumah aku terus tulis post ni. Sebabnya? Aku sangat-sangat teruja. Ha ha ha..

...

Kalau korang tengok trailer then korang pasti akan ada banyak soalan. Antaranya kenapa Prof Xavier in the past tu dah boleh berdiri balik? Bukan ke dalam First Class dulu dia dah lumpuh. Or kenapa Beast boleh ada kulit manusia balik? Bukan ke dalam First Class dia dah jadi mangsa ujikaji dia sendiri lalu jadi raksaksa biru tu. Ataupun bukan ke Prof Xavier dah mati masa dalam X3 dulu ke masa kena bunuh oleh Dark Pheonix tapi apasal dia boleh ada balik in the future? Bla-bla-bla. Sebenarnya ada soalan yang boleh dijawab secara langsung bila korang tengok filem ni tapi ada soalan yang diberi jawapan tapi tak secara direct dan korang perlu guna akal untuk menyantum neutron-neutron dalam otak tu.


Soalan dari aku: Adakah filem-filem X-Men sebelum ni punya direct link dengan filem kali ni? Jawapan aku: Ya tapi ada sedikit pertindihan data tapi ia tak termasuk X-Men Origins dan the latest Wolverine but still boleh relate sikit-sikit ar. Kalau nak buat time frame then kronologinya ialah: First Class-Day Of The Future Past-X1-X2-X3-Ending Day Of The Future Past tapi disebabkan minda Wolverine dah dihantar ke masa silam so secara langsung dan tak langsungnya X1, X2 dan X3 tak berlaku. Sebab apa? Ini kira spoiler ar. Jangan baca kalau korang tak nak mood korang menonton filem ni rosak kelak. Sebabnya Prof X from the past dah baca memori Wolverine then dia boleh elak kemalangan-kemalangan seperti insiden Jean Grey bertukar jadi Dark Pheonik yang seterusnya membunuh dia. Kiranya alternate dimension of time yang berbeza ar. Kalau ada papan hitam lagi best leh buat kronologi yang lebih jelas.


Cumanya persoalan yang tak logik ialah macam mana Wolverine boleh ada memori X1. X2, X3 sedangkan sejak dari 70s Sentinal dah memusnahkan semuanya? Another alternate dimension of time? May be. Kalau fikir banyak-banyak, leh pening macam tengok Inception pulak. Plus bila makin fikir lebih dalam, akan ada banyak percanggahan yang menimbulkan lebih banyak persoalan. Hmmm..





As aku kata awal: X-Men best sebab ada banyak superhero tapi dalam filem ni mutant yang banyak dengan kuasa yang banyak plus sesi pergaduhan yang banyak hanya berlaku pada masa depan je. Best bila dapat tengok watak yang selama ni hanya dalam komik boleh wujud dalam versi manusia tapi yang tak bestnya adegan masa depan tu tak banyak. Lebih banyak masa berlangsung pada masa silam je. Era 70's je dan adegan superpower tak banyak sangat. Rasanya hanya pada waktu Quicksilver nak mengeluarkan Magneto dan masa Magneto nak menyerang White House je yang gempak. Selebihnya biasa-biasa je tapi emosi memang main ar berbanding filem X-Men tiga terawal yang lebih banyak pada aksi yang berbentuk komikal je.

Filem ni akan jadi best kalau korang tahu sedikit sebanyak tentang perwatakkan X-Men dalam komik. Dalam filem ni tak semuanya dijelaskan secara terang-terang tapi bila korang memang kaki komik then korang akan faham ayat-ayat sinikal yang cuba nak dibagitahu. 









Sangat tak sabar bila projek X-Men baru Apocalypse dah digembar gemburkan akan berlaku. Tak best pulak bila tak akan berlaku crossover dari Avengers or Spiderman sedangkan kita tahu yang dalam komik mereka saling muncul. Contoh Wolverine, Quicksilver, Scarlet Witch and even Spiderman ialah ahli dalam Avengers or wujud dalam komik Avengers vs X-Men etc. Sayangnya ia tak akan berlaku ar.


Plus dengar ceritanya Channing Tatum confirm akan bawa watak Gambit (bukan Gambit Saifullah). Tak dapat imagine mamat muscle besar tu akan bawa watak Remy Lebeau. Pasti menyedihkan.










Rasanya mungkin akan tengok lagi filem ni kat pawagam. Sangat best dan berbaloi ar untuk kipas susah mati X-Men. Tapi pesanan: Jangan banding sepenuhnya dengan komik ar. Komik pun ada versi berbeza kan? Hmmm

Sunday, November 7, 2010

Jejaka Idaman Malaya

Less than an hour after aku upload last post suddenly ia dah tak valid lagi apabila aku baru tahu yang that lady dah berpunya. A little bit kecewa r. Selalu sangat berlaku fallin wif someone yang dah berpunya. Hmmm.. So aku kuarkan plak post kat FACEBOOK r.


Banyak gak r yang komen. Ada kawan yang senasib. Ada yang bagi nasihat. Ada gak yang extra curious nak tahu siapa that 'so lucky girl' yang leh memikat hati aku. Ada yang try nak meneka siapa. Plus tak terkecuali yang nak memperkenalkan kawan diaorang pada aku (it make me sound so desperate sangat r). Hmmm.. Tapi paling lawak bila ada kawan yang kuar statement: rugi r sesapa yang menolak cinta si JEJAKA IDAMAN MALAYA cam aku nih. Mungkin sebab aku berada di SARAWAK so that spell doesnt work here. huhuhu.. 

Ramai kekawan yang rapat akan kata aku ni seorang yang agak pemilih. May be that the reason why aku dah menyendiri agak lama. Ada gak yang kata disebabkan pengalaman silam yang hitam menjadikan aku a bit fobia in relationship. Huuu entah r. May be ada benarnya gak kot. Tapi that era dah berlalu r. I am positive rite now. Aku dah x menolak kewujudan cinta cam dulu lagi sebab ia adalah gift dari ALLAH so siapa aku nak menentang ketentuan tuhan r kan?

Aku tak r pemilih sangat pun sebenarnya (hmmm). Im not perfect then aku tak cari seorang yang sempurna sangat pun. Plus aku x pernah ada list pun what kin of girls yang aku nak. Aku tak pernah tetapkan dia mesti rambut panjang naturally berombak, rendah sikit dari aku, 'nasi lemak' RM2.00 ker, kulit sawo matang etc. Dude, aku bukannya aku nak cari hot chick cam MEGAN FOX ker or what ever seangkatan as an awek. That kin of person hanya wujud dalam imaginasi je r. Fantasi mastubasi jer. Tak wujud in real world r.
.
.
Cuma memilih itu adalah satu yang perlu r kan? Tak kan bila jumpa sorang awek yang accidentally terjumpa kat pasar malam masa beli cili tadi terus bawak balik gi rumah tok kadi then terus declare as husband and wife. 2-3 hari kemudian bercerai. 

Then korang kata plak "Dude, kita couple doesnt mean yang kita akan kawin ngan dia gak r. Kita akan cuba satu then satu lagi dan satu lagi sehingga kita jumpa yang terbaik.. Kuno r mamat nih..!!!"

So aku jawab "Memang r. Kalu tak dari zaman sekolah rendah lagi aku dah kawen...!!" Cuma aku agak menentang sesetengah orang yang couple tapi tak tahu kenapa mereka bercouple. Aku pernah tanya kawan-kawan aku. Jawapan (bodoh) mereka sebab orang lain couple so mereka pun bercouple r. Dah kira macam itu kehendak alam: couple, kahwin, ada anak (dan lagi dan lagi), anak bercouple, kahwin, ada anak dan berterusan sehingga dunia ni kiamat.

Then aku persoalkan apa beza kita dan haiwan? Bila musim mengawan then mereka 'do that thing' beranak dan berulang-ulang lagi. Mungkin satu-satunya yang membezakan kita dan haiwan ialah sebab haiwan tak ada FACEBOOK? Hmmm...

Plus ada gak yang kata sebab mereka bercouple ialah sebab mereka tak nak mati tua keseorangan> Dude, itu alasan paling teruk yang pernah aku dengar. So kiranya korang kawen ialah supaya ko tak akan keseorangan? Kira korang bayar upah pada orang untuk jaga korang je ker? Hmmm... Ini macam punya orang pun ada gak ke? 




Aku tak nak bercinta hanya kerana ia musim untuk bercinta. Apabila orang bercinta so aku pun nak bercinta gak tapi apabila musim tu dah tamat so semuanya berakhir. Aku mahu mencintai seorang wanita kerana keindahan yang ada pada dirinya: kerana keperibadianya, kerana budi pekertinya dan paling penting kerana AGAMAnya. Hmmm.. 















Mungkin satu ketika kelak, aku akan bagitahu emak aku supaya mencari bakal isteri untuk aku.. Mungkin... 



























So...? Im I desperate?