Sunday, March 12, 2017

Logan vs Legion

Aku kipas susah mati X-Men tapi kalau kau tanya fakta-fakta tentang komik superhero tu kat aku then mungkin aku akan dapat betul 1 per 10 jer. Sebabnya X-Men's universe ni besar sangat, belum masuk crossover ngan watak-watak lain dalam komik Marvel lagi. Mungkin sebab waktu kecik-kecik dulu (90's) ada animated series X-Men dengan watak pelbagai plus kuasa pelbagai yang buat aku melekat pada X-Men sampai sekarang.


So bila dapat tahu tahun 2000 dulu, ia akan difilemkan then sangat-sangat happy tapi sayangnya hasil yang jadi agak biasa-biasa or other wordnya: mengecewakan gak ar, second film masih lagi mengecewakan, filem ketiga sangat-sangat mengecewakan. Then second sequel: First Class rasa semangat baru ar, Day of The Future Past buat rasa yes-yes-yes dan tak sabar untuk filem seterusnya tapi bila Apocalypse then ia dah jadi macam a lot of thing missing. Tapi trilogy spin off Wolverine lain. Dari Ok to better to marvelously great. Tipu kalau korang minat X-Men dan dah tengok Logan (jangan bandingkan dengan komik Old Man Logan) dan kata filem tu biasa-biasa je. R rated yang penuh dengan darah, aksi tak berperikemanusiaan, bermain dengan emosi dan persoalan demi persoalan, plot yang di atur kemas.. Memang tak salah kalau aku katakan yang Logan ialah filem adaptasi terbaik X-Men plus Marvel sekali. BTW, Logan mati.. Hahaha


Cumanya aku tak minat sangat tak Wolverine ar. Bagi aku Wolverine ni dah macam minah hipster kat Bukit Bintang pada hujung minggu. Ia terlalu mainstream sangat. Sikit-sikit Wolverine selamatkan keadaan. Sikit-sikit Wolverine itu, Wolverine ini. Sedangkan ada 1001 lagi watak-watak lain dalam X-Men yang either jauh lebih hebat, jauh lebih cool dari Wolverine. Ada banyak Omega level mutants yang belum disentuh pun. Even watak yang sedia ada pun ditafsir dengan penilaian yang teruk. Contoh macam watak Cyclops. Dalam filem, wataknya mostly macam pencinta wanita tahap Aiman Tino je sedangkan dalam komik, leadership dia sangat serius giler kot. 





...




Kalau korang minat X-Men then korang pasti dah layan Legion sekarang ni kan? Ia sangat berbeza. Walaupun ia tak banyak aksi lawan guna CGI plus mutant-mutant yang sedia ada pun tak banyak sangat show off power tapi jujur cakap ia adalah series of superheroes paling best aku pernah layan kot. Ia sebuah cerita yang bijak dan memerlukan penggunaan otak untuk berfikir. 



Gambit yang akan difilemkan tu still masih belum ada kata putus lagi.

New Mutant pun ada ura-ura tapi still tak ada berita sahih.

The next X-Men film sequel: Dark Phoenix Saga.

Then X-Men pun akan buat series gak titled Gifted arahan Bryan Singer. Tapi tak nak expect lebih sebab pengarahnya suka menghancurkan filem-filem X-Men sebelum ni..





Walau apa pun filem X-Men yang mendatang, harap-harap ia akan guna R rated punya type ar. Kalau tak ia akan end up jadi macam Avengers: filem tontonan bebudak je. Btw kalau producer filem-filem Marvel boleh bekerjasama then kan best? Boleh buat X-Men vs Avengers ke or paling tak, Quicksilver tak mati sia-sia. Hmmm..

No comments: